zulgreat.com | Portfolio 2018

 
Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my

Posted in Home | Leave a comment

Pentingnya Medical Card dengan Annual Limit Tinggi – Kisah Sebenar Seorang Klien GL Split kepada dua

Saya ingin berkongsi satu pengalaman berharga dalam menguruskan tuntutan perubatan (claim) seorang klien yang telah menjalani pembedahan membuang tumor. Seperti kebiasaan, selepas pembedahan, doktor mencadangkan rawatan susulan — dalam kes ini, beberapa sesi rawatan radioterapi selepas melalui proses CT simulation dan treatment planning.

Apa yang menarik, anggaran kos untuk rawatan radioterapi sahaja mencecah RM18,116. Disebabkan itu, pihak syarikat telah mengeluarkan Surat Jaminan (GL) dalam dua peringkat — GL pertama dan GL kedua.

GL pertama menunjukkan amaun tidak dibayar sekitar RM8,443 kerana had tahunan (Annual Limit) asal telah digunakan sepenuhnya. Namun begitu, klien ini bijak kerana turut memiliki rider i-MEDI EXPLUS, yang menyediakan tambahan had tahunan sehingga RM1 juta. Maka, saya terus bantu memohon GL kedua untuk menampung baki kos rawatan tersebut.

Pengalaman ini membuka mata — betapa pentingnya memilih medical card yang mempunyai Annual Limit yang tinggi. Klien ini telah beberapa kali membuat tuntutan rawatan hingga melebihi RM100,000. Mujur beliau bersedia lebih awal.


Apa yang dikongsikan di sini hanyalah kos rawatan radioterapi. Belum termasuk kos pembedahan tumor dan rawatan susulan lain. Bil hospital hari ini memang tinggi, dan kita tak dapat jangka bila ujian kesihatan datang.

Alhamdulillah, semua urusan berjalan lancar dan yang paling utama — klien kini kembali sihat.
Syukur sangat-sangat dapat bantu dan jadi sebahagian dari perjalanan kesembuhan beliau.

Untuk pengetahuan semua, Great Eastern Takaful (GETB) kini menawarkan medical card dengan Annual Limit sehingga RM2 juta, memberikan perlindungan yang jauh lebih menyeluruh.

Lebih menarik, promosi khas sehingga 31 Oktober 2025 ini hadir dengan tiada tempoh menunggu (No Waiting Period) — bermaksud medical card boleh terus digunakan sebaik sahaja polisi diluluskan. Tambahan lagi, ia turut meliputi rawatan 8 jenis penyakit biasa di klinik panel, menjadikan perlindungan lebih menyeluruh dari hospital hingga ke klinik.

Harga juga sangat berpatutan — sekitar RM180 sebulan untuk golongan muda.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut atau berminat untuk semak kelayakan, sila hubungi saya. Saya sedia bantu.

Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my

Posted in Home | Tagged , , , , , , , , | Leave a comment

Kasih Sehingga Ke Akhir Hayat : Hibah Takaful RM150,001 Diserahkan kepada Waris

Alhamdulillah, satu lagi tuntutan hibah takaful telah berjaya diselesaikan dengan jumlah bayaran pampasan sebanyak RM150,001.00.

Waris yang menerima hibah ini adalah dua orang insan paling dikasihi oleh si arwah, sebagaimana yang telah ditetapkan semasa hidupnya. Hibah ini bukan sekadar wang ringgit, tetapi lambang kasih sayang dan tanggungjawab arwah terhadap keluarga tersayang.

Saya berasa bersyukur kerana dapat membantu menguruskan tuntutan ini sehingga selesai. Proses ini mungkin nampak mudah di luar, tetapi ia memerlukan dokumen, kesabaran dan sedikit pengalaman dalam memastikan waris menerima hak mereka.

Hibah takaful bukan untuk diri kita, tetapi untuk insan yang kita tinggalkan. Semoga lebih ramai yang sedar akan kepentingan merancang kewangan dan perlindungan dari awal.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang hibah takaful atau ingin membuat perancangan seperti ini, saya sedia membantu.

Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my

Posted in Home | Tagged , , , , , , , , , | Leave a comment

MRTT vs MLTT: Mana Lebih Berbaloi untuk Pinjaman Perumahan Anda?

Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi.
Saya doakan anda semua sentiasa sihat, tenang dan dimurahkan rezeki.

Hari ini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman berkaitan harga MRTT — topik yang sering menjadi persoalan bagi mereka yang sedang dalam proses pembiayaan rumah.

Ramai ingin tahu: “Berapa sebenarnya kos MRTT?”
Ini kerana ia sangat penting dalam kelulusan pinjaman perumahan.

Secara asasnya, jumlah sum cover MRTT ditentukan oleh pihak bank berdasarkan jumlah pinjaman + kos S&P + sumbangan Fire Takaful + SST. Sekiranya jumlah bayaran terlalu tinggi dan tidak melepasi kelayakan, pihak bank biasanya akan memendekkan tempoh perlindungan MRTT.

Cadangan saya?
Ambillah MRTT yang menyamai tempoh loan — atau lebih panjang, jika mampu. Tapi persoalannya, berapa kosnya?

Kos MRTT bergantung kepada faktor berikut:
✅ Umur peminjam
✅ Pekerjaan (class risiko)
✅ Jantina
✅ Status merokok
✅ Jumlah perlindungan (sum cover)
✅ Tempoh perlindungan

Contoh Pengiraan MRTT:

  1. Lelaki, 35 tahun, cikgu (Class 1), tidak merokok

Sum cover: RM446,949
Tempoh: 35 tahun
Harga MRTT: RM43,755


  1. Lelaki, 30 tahun, cikgu (Class 1), tidak merokok

Sum cover: RM331,952
Tempoh: 40 tahun
Harga MRTT: RM29,214


Bandingkan dengan MLTT menggunakan pengiraan kewangan:

Contoh 1 (RM43,755 @ 4.5% x 35 tahun):
Jumlah bayaran keseluruhan: RM86,969.40
➡️ MLTT lebih berbaloi kerana perlindungannya kekal (level). Sila tengok di hujung tulisan ini bagi anggaran harga MLTT.


Contoh 2 (RM29,214 @ 4.5% x 40 tahun):
Jumlah bayaran keseluruhan: RM63,043.20
➡️ MLTT lebih bernilai kerana jumlah perlindungan tidak menurun seperti MRTT


Nak tahu beza MRTT vs MLTT dengan lebih jelas?
Tonton video YouTube saya di sini:

  1. Video 1
  2. Video 2

Jika anda perlukan quotation MLTT atau ingin buat perbandingan untuk perancangan pinjaman rumah anda, jangan segan untuk hubungi saya terus.

Bagi contoh 1. MLTT rm 164.65 sebulan. Boleh bayar secara bulanan.
Bagi contoh 2. MLTT rm 97.95 sebulan. Boleh bayar secara bulanan.

Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my

Posted in Home | Tagged , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

Realiti Kos Perubatan Swasta: RM64,000 Dalam 4 Hari

Salam Sejahtera,

Ramai sedia maklum bahawa kos rawatan di hospital swasta boleh mencecah jumlah yang sangat tinggi. Majoriti pesakit yang dimasukkan ke hospital swasta biasanya menggunakan pelan takaful atau insurans. Namun bagi mereka yang tidak mempunyai perlindungan, kos rawatan ini boleh menjadi beban yang sangat besar.

Hari ini saya ingin berkongsi satu contoh sebenar — kos pembedahan selama 4 hari di sebuah hospital swasta yang mencecah sehingga RM64,000. Pembedahan ini dilakukan pada hari bekerja (masuk wad pada hari Selasa dan discaj pada hari Sabtu). Saya dimaklumkan, sekiranya prosedur ini dilakukan pada hujung minggu — terutamanya hari Ahad — kosnya berkemungkinan lebih tinggi daripada jumlah tersebut.

Sayangnya, kisah kejayaan dalam urusan tuntutan takaful jarang menjadi tular. Jika lebih ramai mengetahui realiti sebenar kos perubatan, sudah pasti mereka akan mengambil langkah bijak untuk memiliki pelan perlindungan seawal mungkin.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mendoakan agar klien saya yang baru sahaja menjalani pembedahan ini terus kuat semangat dan diberikan kesembuhan yang segera.
Amin.

Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my

Posted in Home | Tagged , , , , , , , | Leave a comment

Syukur, Rawatan Selamat & Dipermudahkan

Syukur Alhamdulillah.

Salah seorang klien saya dari Temerloh telah saya bantu untuk mendapatkan rawatan segera daripada doktor pakar di Sunway Medical Centre. Segala proses rujukan dan pengurusan Guarantee Letter (GL) dipermudahkan oleh Allah.

Tidak lama selepas itu, pembedahan berjaya dilakukan dengan selamat. Dan pada 28 Jun 2025, klien telah pun selamat discaj dari hospital dan kini sedang berehat untuk proses pemulihan.

Sebagai seorang perunding takaful, inilah momen yang sangat bermakna — bila pelan perlindungan yang diambil benar-benar berfungsi dan memberi kelegaan di saat getir.

Saya doakan semoga klien saya diberi kesembuhan yang sempurna, kesihatan yang baik dan terus kuat melangkah ke hadapan. Amin

Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my

Posted in Home | Tagged , , , , | Leave a comment

MRTT Tak Cover Sampai Habis? Ini Yang Perlu Anda Buat

Semakan Letter Offer & Perlindungan MRTT

Berikut adalah maklumat penting berdasarkan dokumen Letter Offer dan pelan MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful) serta sedikit cadangan dari saya :

  1. Jumlah Pembiayaan
    Jumlah pembiayaan perumahan adalah sebanyak RM363,842.
  2. Kadar Pembiayaan Semasa (EPR)
    Kadar Effective Profit Rate (EPR) adalah BR + 1.85%.
    Pada Jun 2025, Base Rate (BR) ialah 3%, maka EPR semasa adalah 4.85%.
    Nota: BR tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Rujuk: https://zulgreat.com/2023/10/20/apa-itu-sbr-br-blr-elr
  3. Tempoh Pembiayaan
    Tempoh keseluruhan pembiayaan ialah 26 tahun.
  4. Tempoh Perlindungan MRTT
    Tempoh perlindungan MRTT hanya 20 tahun, lebih pendek daripada tempoh pembiayaan.
    Ini bermaksud, jika berlaku kematian atau hilang upaya semasa tempoh pembiayaan, hutang masih belum selesai sepenuhnya.
  5. Revised EPR (Kadar Selepas Gagal Bayar)
    Jika berlaku kegagalan membayar ansuran bulanan, kadar pembiayaan boleh meningkat kepada BR + 4.10%.
    Contoh: dari 5.85% boleh meningkat ke 8.10%.
    Penting: Sila rujuk Letter Offer bank untuk maklumat penuh.
  6. Contracted Profit Rate (CPR)
    CPR adalah kadar keuntungan maksimum yang dikenakan iaitu 10.75%.
  7. Tambahan Perlindungan Yang Diperlukan
    Berdasarkan pengiraan nilai baki pembiayaan pada tahun ke-20 (bulan ke-241), jumlah tambahan perlindungan diperlukan adalah kira-kira RM182,000.
  8. Kos Lain Yang Perlu Diambil Kira
    Ya, terdapat kos tambahan untuk urusan pusaka, seperti pengambilan Surat Kuasa Mentadbir (LA) atau Probate.
    Anggaran kos sekitar 5% daripada jumlah nilai harta.
  9. Cadangan Tambahan Perlindungan
    Disarankan untuk menambah perlindungan untuk perkara berikut:
    • Kos pengurusan jenazah
    • Jumlah hutang lain (seperti hutang kereta, kad kredit, pinjaman peribadi)
    • Kos sara hidup anak kurang upaya (jika ada)
    • Kos sara hidup isteri dan anak-anak di bawah umur
  10. Perlindungan Penyakit Kritikal – Perlu atau Tidak?
    Ya, sangat digalakkan.
    Penyakit kritikal seperti kanser boleh menyebabkan kehilangan keupayaan bekerja.
    Sekurang-kurangnya, ada pendapatan gantian untuk terus membayar ansuran rumah.

Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my

Posted in Home | Tagged , , , , , , , , , , | Leave a comment

RUMAH RM500k MLTT berapa?

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog yang dihormati,

Pembelian rumah merupakan satu keputusan yang sangat penting dalam kehidupan. Rumah bukan sekadar tempat berteduh, tetapi juga tempat untuk kita membina kenangan bersama insan tersayang. Oleh itu, tanggungjawab dalam memastikan bayaran pinjaman rumah dapat diselesaikan dengan baik perlu dirancang secara teliti agar tidak menjejaskan kehidupan kewangan di masa hadapan.

Pastikan anda mempunyai reserve fund atau dana simpanan sekurang-kurangnya untuk enam bulan perbelanjaan, disimpan dalam akaun kecemasan. Ini amat penting sekiranya berlaku sebarang situasi tidak dijangka seperti kehilangan pekerjaan atau kecemasan peribadi.

Selain itu, satu perkara penting yang sering diabaikan ialah risiko kehilangan upaya kekal atau kematian. Jika perkara ini berlaku, siapakah yang akan meneruskan bayaran pinjaman rumah anda? Di sinilah pentingnya pelan perlindungan seperti MLTT (Mortgage Level Term Takaful) yang berfungsi untuk melindungi pemilik rumah daripada beban hutang jika berlaku musibah.

Namun, saya dapati ramai individu yang saya temui tidak mengetahui sama ada mereka mengambil MLTT atau MRTT. Apabila ditanya tempoh pinjaman rumah, mereka boleh menjawab. Tetapi bila ditanya tempoh perlindungan MRTT, ramai yang tidak pasti. Setelah disemak dalam letter offer daripada pihak bank, tempoh pinjaman ialah 35 tahun, manakala tempoh MRTT hanya 10 tahun. Ini satu risiko yang besar.

Atas sebab itulah saya menulis artikel ini – untuk menyedarkan orang ramai agar menyemak semula dokumen pinjaman mereka. Maklumat mengenai tempoh perlindungan dan jenis takaful biasanya dinyatakan dalam surat tawaran pinjaman.

Tip berguna: Simpan semua dokumen berkaitan rumah dalam satu kotak khas bagi memudahkan pencarian di masa hadapan. Elakkan menggunakan kotak kertas kerana terdapat kes dokumen penting dimusnahkan oleh serangan anai-anai.

Di bawah ini saya sertakan satu contoh pelan MLTT dengan perlindungan sebanyak RM500,000 sehingga umur 60 tahun. Jika anda ingin melanjutkan perlindungan sehingga umur 70 tahun, penambahan bayaran hanya melibatkan beberapa ringgit sahaja.

Anda juga boleh menonton penjelasan lanjut mengenai MLTT di saluran YouTube saya. Ingat, rumah adalah tempat berlindung bagi insan yang kita sayangi. Tonton video tersebut hingga habis untuk mendapatkan maklumat yang lengkap : https://youtu.be/07I4TMps0SA?si=jDdUR3IaCBtpCpGy

Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my

Posted in Home | Tagged , , , , , , , , , | Leave a comment

Pengalaman Saya dengan Pinjaman Peribadi: Ketahui Perbezaan antara Simple Interest dan Effective Interest

Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi.

Pada kali ini, saya ingin berkongsi tentang satu pengalaman penting yang saya alami berkaitan pinjaman peribadi. Pada tahun 2023, saya pernah menerima satu panggilan telefon daripada sebuah bank yang menawarkan Personal Loan (PS Loan) kepada saya. Menurut wakil bank tersebut, saya layak untuk mendapatkan pinjaman sebanyak RM70,000 tanpa perlu mengemukakan sebarang dokumen. Wow!

Saya amat tertarik dengan tawaran itu kerana ketika itu saya memang sedang memerlukan wang untuk tujuan pembinaan rumah. Apa yang lebih menarik perhatian saya ialah kadar faedah yang ditawarkan iaitu 3.73% untuk tempoh 6 tahun. Pada pandangan saya, kadar tersebut kelihatan sangat berpatutan dan menguntungkan.

Tanpa berfikir panjang, saya pun bersetuju untuk mengambil pinjaman PS Loan tersebut.

Beberapa bulan kemudian, seorang sahabat saya yang lebih arif dalam hal kewangan dan pinjaman memaklumkan bahawa kadar 3.73% yang ditawarkan itu sebenarnya adalah Simple Interest. Saya agak terkejut kerana ketika itu saya tidak begitu memahami perbezaan antara Simple Interest dan Effective Interest.

Rupa-rupanya, kadar 3.73% Simple Interest itu sebenarnya bersamaan dengan lebih kurang 6.89% Effective Interest. Barulah saya faham — kebanyakan tawaran dari pihak bank biasanya hanya memaparkan kadar Simple Interest untuk nampak lebih murah di mata pelanggan. Sedangkan kadar sebenar yang perlu kita bayar adalah lebih tinggi apabila dikira secara efektif.

Apa boleh buat, saya sudah pun menerima pinjaman itu. Maka saya teruskan sahaja bayaran bulanan seperti yang dijadualkan.

Oleh sebab pengalaman ini, saya ingin berkongsi sedikit tentang perbezaan antara Simple Interest dan Effective Interest, supaya para pembaca tidak terkeliru seperti saya dahulu. Baca sampai habis ya — semoga bermanfaat!


Perbezaan antara Simple Interest dan Effective Interest dalam konteks pinjaman (loan) di Malaysia adalah penting untuk difahami kerana ia memberi kesan besar terhadap jumlah bayaran balik pinjaman. Berikut ialah penjelasan ringkas dan perbezaan utama antara kedua-duanya:


1. Simple Interest (Faedah Mudah)

  • Cara pengiraan: Faedah dikira berdasarkan jumlah prinsipal asal sahaja, tanpa mengambil kira faedah terdahulu.
  • Formula:

Faedah=Prinsipal×Kadar Faedah Tahunan×Tempoh (tahun)

  • Contoh Penggunaan: Biasanya digunakan dalam pinjaman kereta, pinjaman koperasi, atau personal loan tetap.
  • Ciri-ciri:
    • Bayaran bulanan tetap.
    • Kadar faedah nampak lebih rendah (cth: 4% – 8%), tetapi sebenarnya lebih tinggi secara efektif jika dibanding dengan pinjaman berasaskan kadar berkurangan.

2. Effective Interest / Reducing Balance Interest (Faedah Efektif)

  • Cara pengiraan: Faedah dikira ke atas baki prinsipal yang belum dibayar. Bila anda bayar lebih prinsipal, faedah jadi makin kurang.
  • Formula: Lebih kompleks, biasanya menggunakan amortisasi — faedah berkurang setiap bulan.
  • Contoh Penggunaan: Digunakan dalam pinjaman rumah, kad kredit, atau pinjaman yang fleksibel.
  • Ciri-ciri:
    • Bayaran faedah berkurang setiap bulan.
    • Jumlah faedah sebenar yang dibayar lebih rendah jika dibandingkan dengan simple interest untuk amaun dan tempoh yang sama.

Perbandingan Ringkas:

AspekSimple InterestEffective Interest (Reducing Balance)
Pengiraan faedahAtas jumlah pinjaman asalAtas baki pinjaman semasa
Bayaran bulananTetapBoleh berubah (tetapi biasanya diagih rata)
Jumlah faedahLebih tinggi secara keseluruhanLebih rendah
Jenis pinjaman biasaPinjaman kereta, koperasi, peribadi tetapPinjaman rumah, kad kredit
Kadar ditunjukBiasanya lebih rendah, tetapi mengelirukanBiasanya lebih tinggi, tapi lebih tepat

Jika anda mempertimbangkan pinjaman, sangat penting untuk minta kadar faedah efektif (EIR – Effective Interest Rate) supaya anda tahu jumlah sebenar yang akan dibayar sepanjang tempoh pinjaman.

Mari kita lihat contoh pengiraan untuk perbandingan antara Simple Interest dan Effective Interest menggunakan situasi yang sama:


🔢 Contoh Situasi Pinjaman

  • Jumlah pinjaman (Prinsipal): RM10,000
  • Tempoh pinjaman: 3 tahun
  • Kadar faedah tahunan: 8%

Simple Interest Calculation

Formula:

Faedah=Prinsipal×Kadar Faedah Tahunan×Tempoh

=RM10,000×8%×3=RM2,400

Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar:

RM10,000+RM2,400=RM12,400

Bayaran bulanan:

RM12,400÷(3×12)=RM344.44

Nota: Bayaran ini tetap setiap bulan.


Effective Interest (Reducing Balance) Calculation

Untuk pengiraan ini, faedah dikira atas baki pinjaman yang masih belum dibayar setiap bulan. Kita akan buat anggaran secara bulanan menggunakan formula amortisasi.

Anggaran bayaran bulanan (guna kalkulator loan):
Kadar faedah efektif 8% setahun ≈ 0.6667% sebulan
Gunakan formula amortisasi atau kalkulator pinjaman untuk kira bayaran bulanan.

💡 Dengan kalkulator:

  • Bayaran bulanan ≈ RM313.36
  • Jumlah keseluruhan dibayar: RM313.36 × 36 bulan = RM11,281

📊 Perbandingan Akhir

Jenis PinjamanJumlah FaedahBayaran BulananJumlah Bayaran
Simple InterestRM2,400RM344.44RM12,400
Effective InterestRM1,281RM313.36RM11,281

🔍 Kesimpulan

  • Simple Interest: Lebih mudah difahami, tapi lebih mahal dalam jangka panjang.
  • Effective Interest: Lebih jimat, terutama untuk pinjaman jangka panjang.
Posted in Home | Tagged , , , | Leave a comment

Hibah memberi makna untuk isteri tersayang

Saya teringat kembali. Pada tahun 2012 saya pernah membuka booth di jabatan kerajaan. Ketika itu saya bertemu dengan seorang insan lelaki. Saya mengajak beliau untuk mencarum dalam plan takaful. Pada ketika itu bajet beliau tidak tinggi. Beliau bersetuju untuk mencarum rm50 sebulan dan plan tersebut mempunyai manfaat badal haji, hibah untuk yang tersayang dan juga ada sedikit nilai simpanan (cash value selepas 20 tahun).

Insan lelaki tersebut juga memesan kepada saya. Mohon saya bantu uruskan claim sekiranya beliau meninggal dunia. Dan beliau menamakan penerima hibah kepada isterinya.

Hujung tahun 2024 saya dimaklumkan oleh isterinya bahawa suami sedang kritikal di hospital putrajaya. Selang beberapa hari suami kembali kerahmatullah. Dengan plan takaful yang beliau sign up untuk yang tersayang, sy berjaya uruskan claim kematian. Anda boleh lihat jumlah claim ini. Walaupun tidak banyak. Tapi suami tetap menyediakan wang hibah untuk isteri yang tersayang.

Syukur saya telah menjalankan amanah dan urusan claim juga telah selesai.

Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my

Posted in Home | Tagged , , , , , , , | Leave a comment

Bill Hospital 3 hari mencecah RM25k

Assalamualaikum kepada semua. Saya doakan anda sihat ceria dan luas rezeki. Jumpa lagi pada coretan saya di http://www.zulgreat.com

Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman claim. Ceritanya begini, Satu petang saya mendapat satu panggilan telefon dari client. Ketika ini beliau baru sahaja terjatuh dari tangga di tempat kerjanya. Daripada suara beliau, menunjukkan beliau sedang menahan kesakitan akibat kejatuhan itu.

Saya terus menasihatkan beliau untuk terus ke hospital terdekat bagi mendapatkan rawatan segera. Tibanya di hospital yang terdekat, beliau disahkan patah dibahagian kaki. Oleh kerana hospital itu bukan panel kepada Great Eastern Takaful, saya memohon client untuk bertukar ke hospital panel. Dan client memilih ke Prince Court Medical Centre.

Rawatan segera telah diberi oleh hospital pertama sekurang-kurangnya rasa sakit itu dapat berkurangan dan mendapat rawatan awal. Manakala hospital kedua iaitu prince court adalah penal kepada GETB dan memudahkan proses claim nanti. Client terpaksa menjalani pembedahan dibahagian kaki yang patah tersebut. Dan proses pembedahan telah berlansung dengan baik.

3 hari beliau mendapatkan rawatan dan berehat di hospital. Kali ini bill cecah Rm25k. Anda boleh lihat jumlah bill tersebut. Kalau dikiranya secara purata lebih kurang rm8.3k sehari. Wow boleh tahan bill itu.

Saya juga kongsikan sms GL tanda lulus diatas. Waktu kelam kabut pasti client nak tahu adakah GL lulus. Jadi dengan adanya sms ini. Dapatlah sedikit kelegaan perasaan client apabila GL lulus. Saya juga sempat datang menziarahi client di hospital. Saya doakan beliau tenang dan diberi kesembuhan sepenuhnya.

Anda diluar sana yang masih mencari-cari medical kad terbaik. Boleh klik button dibawah. Insyaalah dengan pengalaman saya selama 20 tahun dalam industri ini, Saya cuba bantu yg terbaik yang boleh.

Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my

Posted in Home | Tagged , , , , , , | Leave a comment